Setelah sekian lama
ALLAH memberikan keizinan untukku bernafas & membakti kepada yang MAHA
PENCIPTA. Aku merasakan bahawa usia diri semakin bertambah, dan adakala lupa
bahawa masa berdetik dengan pantas. Sesungguhnya aku malu dengan MAHA PENCIPTA
kerana kala usia aku kini, aku merasakan aku belum lagi menjadi seorang hamba
yang benar2 taat, belum lagi menjadi umat yang taat , juga belum lagi menjadi
anak yang taat.
Sepanjang perjalanan
hidupku selama hampir 25 tahun, sahabat2 ku banyak membantu kala aku
jatus,sakit,sedih mahupun gembira. Ukkuwah yang ALLAh pinjamkan kepada kami amat2
bermakna dalam hidupku. Alhamdulillah, x pernah lagi aku mempunyai sahabat2
yang mengajak aku kearah kejahatan tp DIA mengirimkan aku sahabat yang sentiase
mengingati-MU, walaupun kini kami semua punya haluan sendiri.
Aku rindu saat2 kami saling ingat-mengingati tentang
kebesaranMU, aku rindu saat sahabat2 menasihatiku agar kuat dalam menempuh
ujian-MU. Disini, aku titipkan sebuah video untuk aku sentiase bertambah rindu
pada sahabat2 ku.