Ahad, 30 September 2012

KERINDUAN UKKUWWAH YANG LAMA



Setelah sekian lama ALLAH memberikan keizinan untukku bernafas & membakti kepada yang MAHA PENCIPTA. Aku merasakan bahawa usia diri semakin bertambah, dan adakala lupa bahawa masa berdetik dengan pantas. Sesungguhnya aku malu dengan MAHA PENCIPTA kerana kala usia aku kini, aku merasakan aku belum lagi menjadi seorang hamba yang benar2 taat, belum lagi menjadi umat yang taat , juga belum lagi menjadi anak yang taat.

Sepanjang perjalanan hidupku selama hampir 25 tahun, sahabat2 ku banyak membantu kala aku jatus,sakit,sedih mahupun gembira. Ukkuwah yang ALLAh pinjamkan kepada kami amat2 bermakna dalam hidupku. Alhamdulillah, x pernah lagi aku mempunyai sahabat2 yang mengajak aku kearah kejahatan tp DIA mengirimkan aku sahabat yang sentiase mengingati-MU, walaupun kini kami semua punya haluan sendiri.

Aku rindu saat2  kami saling ingat-mengingati tentang kebesaranMU, aku rindu saat sahabat2 menasihatiku agar kuat dalam menempuh ujian-MU. Disini, aku titipkan sebuah video untuk aku sentiase bertambah rindu pada sahabat2 ku.

Ahad, 16 September 2012

Liku2 Kehidupan

Dalam mencapai zaman moden & dunia globalisasi manusia semakin aneh2. Cabaran untuk berhadapan dengan mereka2 yang bermasalah juga semakin mencabar. Didikan untuk remaja sekarang adalah perlu untuk didikan ''adab''. Apabila remaja2 berhadapan dengan orang yang lebih tua,mereka lupa barangkali untuk lebih berhati2 dalam bercakap ketika berhadapan dengan org y lebih tua.

Adab2 percakapan tidak dijaga,dengan adik beradik sendiri pun mereka tidak mampu untuk beradab, inikan pula dengan adik beradik orang lain. rasanye cukup mencabar untuk berdepan dengan remaja2 yang mempunyai masalah adab, bahkan untuk berdepan dengan remaja yang merasakan diri mereka bagus & tidak mempunyai masalah adab juga agak mencabar.

manusia beradab akan melahirkan keluarga bahagia lg beradab

Ahad, 22 Januari 2012

Glamour ke keje aku???


Tetiba rase nak cite psal job aku. Ermmmm,dh dekat 3 tahun aku menapak kt sungai buloh aka rs. Mcm ibu yus selalu kata y keje “warden rs” ni x glamour mcm kje2 lain. Part ni mang aku stuju sbb biase org akan kata kje ktorg senang gilerr just duduk goyang kaki & tgk diorg je. Tapi hakikatnye klu nk tau kje aku ni mncabar atau x sila memohon jawatn sbg warden rs, br korang tau langit tu tinggi ke rendah.

Selepas tamat belajar,aku try mcm2 kje. Biase la kan dh nama kje pasti ade stress tersndiri. Tp sejak jd warden boleh aku kata kan kje ni paling stress berbanding kje2 lain y penah aku buat, nak tau apsal paling stress…..sbb hari2 aku hadapi msalah diorg y kadang2 klu ikutkan mslah tu sebesar hama je pn tp bnda2 hama tu la wat aku stress. Ibu yus slalu kata jgn anggap y budak2 ni leh fikir sama cm kite sbb diorg jd cmtu la pemikiran agak x matang. Part ni mcm x leh stuju sbb budak2 ni pd aku sngt adventure otak klu x de la smpai mengandung tp bile suruh fikir psal logic leh jd blurr pulak,tu y aku geram gilerr.

Kadang2 aku rase x de sape faham cmne stressnye kje kt rs,walaupn sbnarnye sronok tp bile otak aku dh sarat dgn mslh2 kje y berkaitan dgn permasalahan bebudak nit u la jd stress. Klu nk mengadu psl mslh wrden ni kami leh brcakap sesame sndiri sbb x kan ade manusia y faham kje kami kecuali org y penah keje dgn kami. (mksudnye y penah jd wrden rs je).

Klu org lain tau ape y wrden buat utk pelatih2 kat sni diorg akan fikir y wrden ni adalah manusia paling kejam. Padahal belum penah lagi penampar sulong aku ni melayang kat mne2 pelatih kt sni. Klu cara tegur kami pn dh di anggap kjam, cmne lak org y pakai sepak terajang tu…huhuuhu. Perkara paling best y jadi kat aku kat sni bile aku dimaki oleh salah satu family bebudak ni (mang ingt giler la). Ayat y sesuai aku kata sni ‘bagai melepas anjing tersepit pastu anjing gigit balik aku’.

Selama jd wrden x penah aku mengharap org menyanjung kje aku tp ckup sekadar memahami dan jgn campur tangan kje aku selagi aku x buat perkara2 y melanggar ajaran islam. Aku selalu berdoa dgn Allah supaya menguatkan hati aku ketika berhdapan dgn msalah2 kje. Ade gak aku doa supaya Allah amik aku & jaga hati aku sbb klu bleh dlm kje ni aku x nak ade hati sbb takut mudah kecik hati n menangis dgn dugaan tapi memang lumrah hati manusia begitu..

Rabu, 18 Januari 2012

teTIBBA bluRR


Errmmm…malam y sunyi nie tetiba rse nk update blog…tp x de isu la pulak (huhuhu). Tak lama lg sahabat lama aku merangkap sahabat skrg akan bersalin. Seronoknye tgk org dh beranak pinak,aku lak bbakal dpt anak sedara la dlm usia muda.(konon la muda). Perkara y sedihnye ialah sahabat aku cnfirm akan berhnti kje sbb post wrden ni ssh utk y ade anak. Maka,pas ni sedih la aku. Tp aku rase hikmah y baiknye: boleh rindu rinduan,hehehe

Nak katanye agenda dr Allah itu unik bile Dia temukan aku dgn sahabat nie sejak zaman sekolah,ipt dan zaman kje. Silap haribulan jodoh aku smpai pn sahabat aku ni y tolong..nmpknye aku bnyk terhutang budi dgn dia. Hanya Allah yang mampu mmbalas semua jasa2 sahabatku ini.