Ahad, 30 September 2012

KERINDUAN UKKUWWAH YANG LAMA



Setelah sekian lama ALLAH memberikan keizinan untukku bernafas & membakti kepada yang MAHA PENCIPTA. Aku merasakan bahawa usia diri semakin bertambah, dan adakala lupa bahawa masa berdetik dengan pantas. Sesungguhnya aku malu dengan MAHA PENCIPTA kerana kala usia aku kini, aku merasakan aku belum lagi menjadi seorang hamba yang benar2 taat, belum lagi menjadi umat yang taat , juga belum lagi menjadi anak yang taat.

Sepanjang perjalanan hidupku selama hampir 25 tahun, sahabat2 ku banyak membantu kala aku jatus,sakit,sedih mahupun gembira. Ukkuwah yang ALLAh pinjamkan kepada kami amat2 bermakna dalam hidupku. Alhamdulillah, x pernah lagi aku mempunyai sahabat2 yang mengajak aku kearah kejahatan tp DIA mengirimkan aku sahabat yang sentiase mengingati-MU, walaupun kini kami semua punya haluan sendiri.

Aku rindu saat2  kami saling ingat-mengingati tentang kebesaranMU, aku rindu saat sahabat2 menasihatiku agar kuat dalam menempuh ujian-MU. Disini, aku titipkan sebuah video untuk aku sentiase bertambah rindu pada sahabat2 ku.

Ahad, 16 September 2012

Liku2 Kehidupan

Dalam mencapai zaman moden & dunia globalisasi manusia semakin aneh2. Cabaran untuk berhadapan dengan mereka2 yang bermasalah juga semakin mencabar. Didikan untuk remaja sekarang adalah perlu untuk didikan ''adab''. Apabila remaja2 berhadapan dengan orang yang lebih tua,mereka lupa barangkali untuk lebih berhati2 dalam bercakap ketika berhadapan dengan org y lebih tua.

Adab2 percakapan tidak dijaga,dengan adik beradik sendiri pun mereka tidak mampu untuk beradab, inikan pula dengan adik beradik orang lain. rasanye cukup mencabar untuk berdepan dengan remaja2 yang mempunyai masalah adab, bahkan untuk berdepan dengan remaja yang merasakan diri mereka bagus & tidak mempunyai masalah adab juga agak mencabar.

manusia beradab akan melahirkan keluarga bahagia lg beradab