Isnin, 3 Mei 2010

MaLam AmaL Raudhatus Sakinah




Pada 2 mei 2010,aku telah dipilih oleh Allah utk mengikuti program malam amal raudhatus sakinah (MARS). Sebelum aku datang ke MARS telah aku ketahui tema malam ini adalah ''lelaki pelindung wanita''. Tema ini membuat hatiku penasaran utk mengetahui isi MARS, sesampai aku dan teman2 ke SACC hatiku mengitu teruja. Alhamdulillah, Allah memudah urusan perjalanan kami. Permulaan majlis MARS dimulakan dengan ucapan dan kata2 indah dari pengerusi majlis iaitu saudara Ahmad Fedtri yahya. Kata2 yang keluar dari pengerusi amat indah,yang mana dunia sekarang amat memerlukan lelaki pelindung bukannye pelingkup...masyarakat juga perlu sama berpimpin tangan utk menangani gejala2 yang tidak berlaku sekarang, ramainye lelaki yang tidak bertanggungjawab. wahai lelaki2 yang soleh, bangunlah utk menjadi pelindung wanita kini. jadikan rasulullah sebagai idola yang mana Baginda sentiasa menjaga & melindungi maruah wanita. terasa diriku begitu bertuah kerana diundang ke majlis sebegini, sedikit sebanyak dapat kukutip ilmu2 yang disampai di majlis ini.

Ahad, 2 Mei 2010

Bulan terindah..


Alhamdulillah, hari ini aku masih lagi merasa nikmat2 yang Allah pinjamkan kepadaku. untuk permulaan blogku ini tepat sekali dgn tajukku iaitu bulan terindah, bersempena hari ibu,guru & birthday makku. tak dapatku unkapkan dan ceritakan pengorbanan makku yang banyak memberi semangat dan dorongan buatku meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba. saat orang lain tidak menyokong keputusanku,maklah yang menjadi penguat semangatku untuk meneruskan kehidupan ini. teringat kembali nostalgia lalu yang mana terjadi ketika selepas aku mendapat keputusan spm, saat kertas result berada ditanganku kurasakan dunia ini gelap bagiku kerana ada subjek yang gagal. aku telah membuat keputusan sendiri iaitu ingin berkahwin dgn sesiapa sahaja yang meminangku, namun mak membantah dan memberi cadang agar aku meneruskan pengajian di kedah. tetapi perancangan Allah itu lebih hebat yang mana aku pergi melanjutkan pelajaranku di kelantan. semua ahli keluargaku membantah dengan keras,namun mak tetap bersetuju dgnku dan sentiasa berdiri disisiku untuk menyokongku. hinggalah ke saat usiaku dewasa ini, mak sentiasa memberi semangat buatku. aku amat bersyukur kerana Allah mengurniakan seorang ibu yang amat memahami diri ini. Ya Allah,peliharalah kedua orang tuaku didunai & akhirat..amEEn...