Ahad, 30 September 2012

KERINDUAN UKKUWWAH YANG LAMA



Setelah sekian lama ALLAH memberikan keizinan untukku bernafas & membakti kepada yang MAHA PENCIPTA. Aku merasakan bahawa usia diri semakin bertambah, dan adakala lupa bahawa masa berdetik dengan pantas. Sesungguhnya aku malu dengan MAHA PENCIPTA kerana kala usia aku kini, aku merasakan aku belum lagi menjadi seorang hamba yang benar2 taat, belum lagi menjadi umat yang taat , juga belum lagi menjadi anak yang taat.

Sepanjang perjalanan hidupku selama hampir 25 tahun, sahabat2 ku banyak membantu kala aku jatus,sakit,sedih mahupun gembira. Ukkuwah yang ALLAh pinjamkan kepada kami amat2 bermakna dalam hidupku. Alhamdulillah, x pernah lagi aku mempunyai sahabat2 yang mengajak aku kearah kejahatan tp DIA mengirimkan aku sahabat yang sentiase mengingati-MU, walaupun kini kami semua punya haluan sendiri.

Aku rindu saat2  kami saling ingat-mengingati tentang kebesaranMU, aku rindu saat sahabat2 menasihatiku agar kuat dalam menempuh ujian-MU. Disini, aku titipkan sebuah video untuk aku sentiase bertambah rindu pada sahabat2 ku.

Tiada ulasan: