Ahad, 2 Mei 2010

Bulan terindah..


Alhamdulillah, hari ini aku masih lagi merasa nikmat2 yang Allah pinjamkan kepadaku. untuk permulaan blogku ini tepat sekali dgn tajukku iaitu bulan terindah, bersempena hari ibu,guru & birthday makku. tak dapatku unkapkan dan ceritakan pengorbanan makku yang banyak memberi semangat dan dorongan buatku meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba. saat orang lain tidak menyokong keputusanku,maklah yang menjadi penguat semangatku untuk meneruskan kehidupan ini. teringat kembali nostalgia lalu yang mana terjadi ketika selepas aku mendapat keputusan spm, saat kertas result berada ditanganku kurasakan dunia ini gelap bagiku kerana ada subjek yang gagal. aku telah membuat keputusan sendiri iaitu ingin berkahwin dgn sesiapa sahaja yang meminangku, namun mak membantah dan memberi cadang agar aku meneruskan pengajian di kedah. tetapi perancangan Allah itu lebih hebat yang mana aku pergi melanjutkan pelajaranku di kelantan. semua ahli keluargaku membantah dengan keras,namun mak tetap bersetuju dgnku dan sentiasa berdiri disisiku untuk menyokongku. hinggalah ke saat usiaku dewasa ini, mak sentiasa memberi semangat buatku. aku amat bersyukur kerana Allah mengurniakan seorang ibu yang amat memahami diri ini. Ya Allah,peliharalah kedua orang tuaku didunai & akhirat..amEEn...